Ronaldo ketuai serangan Portugal. FOTO REUTERS
Reuters

TUAN rumah, Portugal menyenaraikan pasukan untuk pusingan akhir Liga Negara-Negara julung kali diadakan dengan Cristiano Ronaldo mengetuai skuad manakala pemain remaja Benfica, Joao Felix turut dipilih.

Portugal akan memulakan sepak mula pada aksi separuh akhir menentang Switzerland di Porto pada 5 Jun.

Pemenang akan berdepan England atau Belanda pada final di venue sama empat hari kemudian.

Ronaldo, penjaring terbanyak Portugal dengan 156 gol dan pemain paling banyak memiliki kap antarabangsa dengan 85 penampilan turut disenaraikan seperti dijangka.

Pemain berusia 34 tahun itu yang kembali menyertai skuad selepas terlepas enam perlawanan tahun lalu berikutan persetujuan dengan jurulatih, Fernando Santos.

Joao Felix yang beraksi cemerlang pada penampilan pertama untuk Benfica, menarik perhatian banyak kelab utama Eropah tetapi masih belum mempunyai sebarang kap bersama Portugal.

Liga Negara-negara digunakan untuk menggantikan perlawanan persahabatan antarabangsa yang tidak popular dalam kalangan kelab, pemain dan peminat yang dikatakan mengganggu aksi liga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 9:53 PM