DJOKOVIC bangga memperaga trofi Terbuka Madrid, baru-baru ini. — FOTO Reuters
AFP

NOVAK Djokovic mungkin boleh muncul pemain tenis kedua dalam sejarah menjulang semua empat gelaran Grand Slam sebanyak dua kali dengan kejayaan pada Terbuka Perancis.

Bagaimanapun, kehadiran Roger Federer dan Rafael Nadal sekali lagi menjadi penghalang buatnya.

Djokovic, pemain nombor satu dunia melengkapkan semua empat gelaran Slam dengan kejayaan di Roland Garros pada 2016.

Selepas memenangi Wimbledon 2018 dan gelaran Terbuka Amerika Syarikat serta mahkota ketujuh Terbuka Australia pada Januari lalu, pemain Serbia itu akan menghampiri rekod ‘Djoko Slam.’


NADAL (kanan) mengalahkan Djokovic pada final Terbuka Itali di Rome. — FOTO AFP

Federer dan Nadal, dengan masing-masing 20 dan 17 gelaran Grand Slam, dijangka menjadi penghalang kepada pemenang 15 kejuaraan utama itu.

Bagaimanapun, Nadal atau Federer tidak pernah meraih kemenangan dalam semua empat kejohanan utama pada masa sama.

“Nadal, pemain pilihan nombor satu, tidak ragu-ragu lagi – kemudian semua yang lain,” kata Djokovic.

Federer pula kembali ke Roland Garros buat kali pertama sejak 2015 kerana memberi tumpuan terhadap kejohanan gelanggang rumput Wimbledon.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 1:28 PM