KROOS yakin Real bangkit musim depan. - FOTO Reuters
Reuters

PEMAIN tengah Real Madrid dan Jerman, Toni Kroos menyambung kontraknya sehingga musim 2022-23, menurut jurucakap kelab hari ini.

Kroos, 29, sebelum ini dijangka meninggalkan Santiago Bernabeu menurut media Sepanyol tetapi sebaliknya kontrak dilanjutkan empat tahun lagi.

Real dijangka merombak pasukan dengan menjual beberapa pemain selepas mengharungi musim mengecewakan yang menyaksikan mereka menamatkan kedudukan di tangga ketiga La Liga dan tersingkir pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

"Tiada pemain sampai ke tahap tertinggi seperti tahun-tahun sebelum ini,” kata Kroos yang menjuarai Liga Juara-Juara daripada 2016-2018.

"Kami adalah manusia dan itu normal selepas tiga kali menjulang trofi Liga Juara-Juara. Apa yang tak normalnya ialah juara tiga kali berturut-turut dan tampak mustahil tapi kami mampu melakukannya.

"Tetapi kami bermotivasi menghadapi musim depan dan saya gembira kekal di Madrid empat tahun lagi"

Kroos mengikat kontrak bersama Bayern Munich pada 2014 dan melakukan 233 penampilan dan menjulang 11 trofi.

"Saya bercakap dengan jurulatih (Zinedine) Zidane dan saya tahu ideanya. Saya penting kepada pasukan ini,” kata Kroos.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 10:20 PM