Origi pemain terpantas Liverpool mengatasi Salah dan Mane. FOTO AP
Agensi

DIVOCK Origi muncul sebagai pemain Liverpool memiliki larian terpantas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Penyerang Belgium itu mengatasi kepantasan dua rakan sepasukan, Mohamed Salah dan Sadio Mane dengan mencatat kelajuan tertinggi 35.04 km sejam.

Origi yang menyumbang beberapa gol penting Liverpool dalam pertarungan gelaran EPL bagaimanapun berada di tempat kelapan pemain terpantas EPL secara keseluruhan menerusi kiraan dilakukan oleh Opta.

Salah berada di tempat ke-11 dengan pemain Fulham, Timothy Fosu-Mensah yang dipinjam daripada Manchester United muncul pemain terpantas EPL dengan kelajuan tertinggi 35.32 km sejam.

Lebih pelik, Salah ketinggalan dua tempat di belakang penjaga gol Fulham, Sergio Rico.

Origi yang berada pada tahun terakhir kontrak bersama Liverpool pada musim panas ini bakal ditawarkan kontrak baru lebih tinggi musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 5:52 PM