Agensi/Esme Jo

JIKA ada paling gembira melihat Manchester City meraih tiga gelaran musim ini, ia adalah kakitangan menjaga jersi (kitman) pasukan itu, Brandon Ashton.

Kegembiraannya dapat dilihat selepas meraikan kejayaan di dalam bilik persalinan Wembley dengan hanya berseluar dalam dan berstokin sambil berpaut pada belakang Ilkay Gundogan.

Ashton kemudian masuk ke dalam tong baju yang sudah digunakan sebelum diterbalikkan oleh kapten, Vincent Kompany.

Kakitangan City itu kemudian kembali ke bilik persalinan bersama botol champagne sebelum tergelincir.

Ashton kemudian turut menggelungsur di atas lantai basah selepas diarahkan oleh Raheem Sterling bersama beberapa rakan sepasukan.

City menewaskan Watford 6-0 pada final Piala FA dengan Sterling dan Gabriel Jesus masing-masing menjaringkan dua gol.

Kevin De Bruyne dan David Silva turut menjaringkan gol untuk City yang muncul kelab pertama meraih tiga gelaran domestik di England.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 1:24 PM
Kompany menterbalikkan Ashton yang berada dalam tong baju kotor. FOTO Youtube