Sebahagian peserta Kejohanan Boling Amal anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Kerja Tentera, Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka. FOTO Nazri Abu Bakar.
Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my


SEBANYAK 31 pasukan menyertai Kejohanan Boling Amal anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Kerja Tentera, Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.

Kejohanan berlangsung di Pusat Boling Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh pada 4 Mei lalu.

Yang Dipertuanya, Jusmairomaizani Jusoh berkata, kejohanan bertujuan mengumpul dana kelab dan sumbangan kepada badan kebajikan terpilih.

Menurutnya, antara pasukan yang mengambil bahagian termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Syarikat Air Melaka Berhad.

Katanya, sumbangan berkenaan juga disampaikan kepada pertubuhan amal antaranya Pertubuhan Darul Kifayah, Selangor bagi kegunaan aktiviti Ramadan dan keagamaan.

Beliau berkata, semangat tinggi peserta amat membanggakan berikutan mereka bermain bukan semata-mata meraih kemenangan sebaliknya lebih kepada tanda keprihatinan dan semangat kekeluargaan.

Hadir sama Pengarah JKR Negeri Melaka Ir Ismail Abd Rahman; Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamad Ab Rahman dan Pengarah Kejuruteraan MBMB Ir Ahmad Roslee Hamzah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 9:54 PM