Young tergelincir pada sesi memanas badan. FOTO REUTERS
Agensi

KAPTEN Manchester United, Ashley Young ‘tergelincir’ sebelum skuadnya seri 1-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Huddersfield Town.

Rakaman video menunjukkan Young gagal mengimbang badan sebelum terpijak kon kecil latihan pada sesi memanas badan di Stadium John Smith.

Sewaktu sesi ‘drills’ bersama keseluruhan skuad, Young tersilap langkah, tergelincir dan terjatuh.

Young berkata selepas perlawanan: “Mengecewakan. Sejak beberapa tahun lalu saya sudah berkata kelab kita (United) sepatutnya bercakap untuk memenangi gelaran dan menang trofi”.

“Kita sudah melakukannya selama beberapa tahun tetapi kelab seperti saiz kita hanya bermain untuk berada dalam kedudukan empat teratas EPL.

“Saya rasa keadaan seperti itu sangat mengecewakan”.

“Malah, kita juga tidak berupaya menempatkan diri dalam kedudukan empat teratas.

“Kita memerlukan pasukan lain membantu tetapi kita tidak dapat membantu diri sendiri.

“United perlu pergi seketika, menilai semula pasukan pada musim panas sebelum kembali lebih cergas untuk mencabar dan bersedia memenangi gelaran.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 1:08 PM