Pemain PKNP FC, Thomas Abbey (dua kanan) menjaringkan gol kedua menentang Terengganu FC. FOTO NSTP
Shamsul Kamal
Amarudinshaka@nstp.com.my


NASIB tidak menyebelahi PKNP FC ketika seri 2-2 ketika menentang Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, berkata pemainnya sudah bermain habis-habisan, malam tadi walaupun kelihatan mampu menewaskan finalis Piala Malaysia itu untuk kali kedua musim ini.

"Dua kali kami mendahului tapi nasib tidak menyebelahi, kita bertemu pasukan berpengalaman dan mengalahkan Pahang pada suku akhir pertama Piala FA. Alhamdulillah, paling penting dapat mengelakkan kekalahan.


Abu Bakar Fadzim. FOTO NSTP

"Pasukan lawan menggunakan peluang termasuk tendangan percuma.

Percubaan jarak jauh membuatkan penjaga gol tersilap jangkaan. Begitupun kita dapat pertahankan satu mata berharga," katanya.

Beliau berharap penyerang importnya, Giancarlo Lopez, dapat mengekalkan persembahan selepas kemarau jaringan dalam beberapa perlawanan.

Dia menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Abu Bakar berkata, pasukan kini fokus berdepan pasukan `abang' iaitu Perak pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Perak di Ipoh pada 11 Mei ini.

Mereka seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama 30 April lalu.

"Ini adalah permainan sukar tetapi kita sudah berusaha sehingga suku akhir. Ia perlawanan `do or die' dengan penentunya di Stadium Perak.

"Pemain harus guna suku akhir kedua bermain sebaik mungkin. Kita tahu kelebihan memihak Perak daripada segi kualiti, gelaran dan penyokong”.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 7:09 PM