HUDSON-Odoi mengerang kesakitan selepas mengalami kecederaan di Stamford Bridge. - FOTO Reuters
AFP

PEMAIN sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi berkata, dia terpaksa melupakan baki saingan aksi musim ini selepas mengalami kecederaan Achilles ketika menentang Burnley, awal pagi tadi.

Hudson-Odoi dipapah dua tugas perubatan pada babak pertama dalam pertembungan di Stamford Bridge.

"Amat kecewa terpaksa menamatkan musim dengan kecederaan Achilles, saya perlu bekerja keras dan kembali dengan lebih kuat musim depan,” kata Hudson-Odoi dalam Twitternya.

Penolong pengurus Chelsea, Gianfranco Zola mengakui kepada media dia menjangkakan situasi lebih buruk sebelum kenyataan Hudson-Odoi itu.

"Hudson: tampak serius. Sebelum saya boleh beritahu anda tahapnya, kami perlu menunggu sehingga esok tapi keadaannya tidak baik. Ada masalah dengan tendon Achilles," kata Zola.

Kecederaan pemain berusia 18 tahun itu menjejaskan impian Chelsea yang kini bergelut merebut slot Liga Juara-Juara musim depan sama ada menerusi Liga Perdana atau muncul juara Liga Europa.

Chelsea kini di tangga keempat liga dan bakal menentang Eintracht Frankfurt dalam aksi separuh akhir Liga Europa.

Hudson-Odoi diserapkan ke dalam skuad England tahun ini dan situasi terkini bermakna dia bakal terlepas aksi separuh akhir Liga Negara-Negara pada Jun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 8:45 AM