SHANE Lowry. FOTO AFP
Reuters

SHANE Lowry terus mempertahankan kelebihan tipisnya di kejohanan RBC Heritage awal pagi tadi meskipun pemain golf Ireland itu masih mempunyai dua lubang untuk melengkapkan pusingan keduanya selepas permainan ditangguh akibat cuaca buruk di South Carolina itu.

Lowry mencatat tiga di bawah par untuk pusingan itu apabila cuaca gelap menyebabkan permainan tertangguh, membolehkannya mengumpul sembilan di bawah par keseluruhan, satu pukulan mengatasi Trey Mullinax (68), yang sudah pun berada di rumah kelab dengan catatan lapan di bawah par 134 di Harbour Town Golf Links.

Lowry, yang membuat 65 pukulan akan kembali bermain keesokan harinya untuk baki aksi dua lubang sebelum memulakan pusingan ketiga.

Dustin Johnson dan pemain Argentina Emiliano Grillo melakukan 67 pukulan untuk mengumpul tujuh di bawah par 135 sebelum hujan dan angin kencang memaksa perlawanan ditangguhkan beberapa jam.

Lowry mencatat birdie pada dua lubang pertama sebelum ribut melanda. Dia kembali dengan dua lagi birdie dan satu birdie.

Grillo menjadi tumpuan pada pusingan itu apabila pukulannya sejauh 254 ela memasuki lubang pada pukulan kedua di lubang kelima.

Ia adalah albatross pertama di lapangan Hilton Head, South Carolina sejak 2007 dan yang keempat dalam Jelajah PGA tahun ini.

“Ia pukulan yang sempurna,” kata Grillo.

“Jarak yang sempurna, segala-galanya sempurna. Angin yang sempurna. Ia sesuatu yang bagus tetapi anda tidak jangka ia akan berterusan.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 10:26 AM