allack (kiri) mahu Mourinho kendali Bayern. FOTO AFP/REUTERS
Bild Germany

MICHAEL Ballack yakin pelantikan Jose Mourinho di Bayern Munich akan menambah 'glamor kepada kelab itu'.

Bekas pemain tengah Bayern itu pernah bekerjasama dengan pengurus dari Portugal itu ketika bersama kelab Liga Perdana, Chelsea.

Juara Bundesliga itu kehilangan budaya dominasi mereka dalam saingan liga utama kelab Jerman dan skuad kendalian Niko Kovac itu hanya dipisahkan satu mata dengan pencabar utama, Borussia Dortmund.

Kovac dipantau oleh pengurusan kelab itu selepas Bayern tersingkir keluar daripada Liga Juara-Juara (UCL) di peringkat saingan 16 terakhir musim ini.

Ballack yang beraksi bersama Bayern selama empat musim dan meraih tiga gelaran domestik, yakin kelab digelar 'FC Hollywood' di Jerman memerlukan kaliber Mourinho untuk mengekalkan glamor dalam liga itu.

Malah, jika ia tidak dilakukan, kelab itu juga berkemungkinan sukar mendapatkan pemain bintang pada masa depan.

"Buat masa ini, Niko Kovac adalah ketua jurulatih dan ia perlu dihormati oleh semua,' kata bekas pemain berusia 42 tahun itu kepada Bild.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 7:25 PM