Peminat berlutut untuk bergambar bersama Pogba. FOTO Zenpix Ltd
Agensi

PAUL Pogba membuat peminat kecil Manchester United ceria apabila tidak menolak permintaan untuk bergambar di luar The Lowry.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer dilihat tiba di hotel empuk itu di tengah bandar Manchester menjelang aksi menentang West Ham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

Penyokong berkumpul di luar hotel menunggu ketibaan bas membawa pemain skuad itu.

Bagaimanapun, seorang peminat dilihat berlutut sambil merayu untuk bergambar bersama Pogba.

Pemain Perancis itu tidak menolak dan kesempatan turut digunakan oleh beberapa peminat mendapatkan tandantangan pada baju mereka.

Ketika Pogba membuatkan peminat tersenyum lebar, keseluruhan skuad pula bergegas masuk ke tempat penginapan mereka sebelum perlawanan di tempat sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 8:28 PM