Bevilacqua (tengah) bersama Kastrantas (kiri) dan Wiggins di atas podium pemenang peringkat ketujuh. FOTO AFP
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my


BIARPUN tiada kemenangan hatrik dari pelumba Androni Giocattoli-Sidermec, Matteo Pelucchi namun peringkat ketujuh tetap menjadi milik pelumba dari Itali.

Kali ini tiba giliran rakan senegaranya, Simone Bevilacqua dari Neri Sottoli Selle Italia KTM muncul juara perlumbaan peringkat saingan sejauh 106.8 kilometer itu, bermula dan berakhir di Pantai Cenang dengan merakam masa dua jam 17 minit 59 saat.

Tempat kedua Charlampos Kastrantas dari Brunei Continental Cycling Team manakala Craig Wiggins dari St George Continental Cycling Team di tempat ketiga.

Pelucchi meraih kemenangan peringkat kelima dan keenam sebelum ini.

Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Benjamin Dyball terus mengekalkan Jersi Kuning PETRONAS LTdL selepas peringkat ketujuh dengan masa 26 jam 58 minit 11 saat.

Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling turut mengekalkan Jersi Hijau PETRONAS selaku Raja Pecut dengan 80 mata.

Angus Lyons dari Oliver's Real Food Racing hanya perlu menamatkan perlumbaan esok selepas sah meraih gelaran Raja Bukit bagi jersi merah dengan 59 mata.

Vadim Pronskiy dari Vino Astana Motors turut mengekalkan jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia dengan masa 26 jam 59 minit 16 saat.

Peringkat kelapan dan terakhir akan berlangsung esok sejauh 103.8km

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 6:31 PM