PELUCCHI memenangi peringkat keenam dari Bagan, Pulau Pinang ke Alor Setar. - FOTO Rosdan Wahid
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my

PELUMBA Androni Giocattoli - Sidermec, Matteo Pelucchi meraih kejuaraan berganda apabila menjuarai peringkat keenam LTdL dari Bagan ke Alor Setar sebentar tadi.

Dia mencatatkan dua jam 47 minit 19 saat dalam perlumbaan yang berakhir dalam kelompok besar.

Pelucchi mengulangi kejayaannya menjuarai peringkat kelima semalam.

Tempat kedua dan ketiga diraih dua pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Youcef Reguigui dan Mohd Harrif Saleh.

Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Benjamin Dyball mengekalkan Jersi Kuning PETRONAS LTdL dengan mengumpul masa 24 jam 40 minit 12 saat.

Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling juga mengekalkan Jersi Hijau PETRONAS selaku Raja Pecut dengan 72 mata.

Tanpa sebarang zon pendakian hari ini, Angus Lyons dari Oliver's Real Food mengekalkan Jersi Merah Raja Bukit dengan 47 mata.

Manakala pelumba Vino Astana Motors, Vadim Pronskiy meraih jersi pelumba terbaik Asia dengan masa 24 jam 41 minit 17 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 5:14 PM