Harrif menduduki tempat keempat pada saingan Muar ke Putrajaya. FOTO Rosdan Wahid.
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my


PELUMBA Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh berada dalam landasan tepat meraih jersi hijau PETRONAS selaku Raja Pecut edisi 2019.

Dia kini bersaing sengit apabila mengumpul 27 mata, hanya ketinggalan dua mata berbanding penyarung jersi, Travis McCabe.

Manakala Raja Pecut 2018, Andrea Guardini terikat 28 mata dengan Michael Freiberg dari Pro Racing Sunshine Coast selepas masih tercari-cari kemenangan peringkat pada edisi kali ini.


PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Dyball di pekan Kuah. - FOTO Rosdan Wahid

Hadir selaku pemenang 24 peringkat LTdL, pelumba dari Itali berkenaan dilabel pilihan untuk melebarkan kemenangan dan jersi hijau PETRONAS namun masih belum menemuinya.

Dia menduduki tempat ketiga semalam manakala Harrif di kedudukan keempat pada saingan Muar ke Putrajaya.

Hari ini pendakian Genting Highlands menyaksikan pelumba pecut "berehat" sebelum beraksi pada empat baki peringkat seterusnya.

Anuar Manan pelumba tunggal negara pernah bergelar Raja Pecut pada edisi 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 12:28 AM