AC Milan berminat mendapatkan Pochettino. FOTO REUTERS
Agensi

AC Milan sedia menawarkan Mauricio Pochettino sebanyak £300 juta (RM1.6 bilion) untuk bajet perpindahan musim panas Serie A.

Kelab Itali itu mahu dia meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur dan mendapatkan pemain baru untuk kelab terbabit.

Tawaran dibuat oleh ketua eksekutif kelab itu, Ivan Gazidis, sebelum ini bersama musuh ketat London utara, Arsenal yang diberi tanggungjawab mengembalikan semula reputasi kelab gergasi itu dalam saingan Eropah dan Serie A.

Laporan di Itali menyebut Milan menyenaraikan Pochettino atau Poch sebagai calon teratas dalam senarai pendek mereka menggantikan pengurus sekarang, Gennaro Gattuso.

Pochettino juga turut mendapat perhatian gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Manchester United.

Bagaimanapun, Tottenham masih dapat mempertahankan pengurus dari Argentina itu selepas stadium baru berharga £1 billion (RM5.4 bilion) siap di London.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 7:35 PM