Dari kiri Angus Lyons memenangi jersi merah, McCabe jersi kuning, dan Sofian Nabil jersi putih di LTdL. FOTO Rosdan Wahid.
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my


PENAMAT Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 sekali lagi berakhir dengan henjutan beramai-ramai ke garisan penamat pada saingan peringkat ketiga dari Muar yang berakhir di Putrajaya sejauh 192.6 kilometer, hari ini.

Saingan itu menjadi milik Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling yang merakam masa empat jam 49 minit 39 saat.

Tempat kedua milik Matteo Pelucchi dari Androni Giocattoli-Sidermec manakala Andrea Guardini dari Bardiani CSF ketiga.

Juara peringkat kedua, Harrif Saleh dari Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) berada di tempat keempat.

McCabe berjaya merampas jersi kuning PETRONAS dan hijau PETRONAS dari pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Marcus Culey.

Jersi terbaik Asia dirampas pelumba skuad negara menerusi pelumbanya, Sofian Nabil Omar Bakri dengan masa 14 jam 03 minit 41 saat.

Manakala jersi merah kekal milik Angus Lyons dari Oliver's Real Food dengan 35 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 7:00 PM