PENYOKONG PSG dibawa keluar padang oleh staf keselamatan di Toulouse, awal pagi tadi. — FOTO AFP
AFP

SEORANG penyokong Paris Saint-Germain yang nakal meluru masuk ke padang di Toulouse awal pagi tadi dan bergambar swafoto dengan Kylian Mbappe sebelum dihalau keluar staf keselamatan.

Penyokong itu, yang memakai jaket PSG, memanjat keluar dari tempat duduk penonton ketika aksi Ligue 1 dan berlari perlahan-lahan di belakang pemenang Piala Dunia berusia 20 tahun itu, yang melompat terkejut apabila melihat penyokong itu mengeluarkan telefonnya.

Pemuda itu kemudiannya ditangkap pegawai keselamatan, sekalipun Mbappe sempat berjabat tangan serta bercakap seketika dengannya sebelum dia diarah keluar.

Insiden itu satu daripada perkara menarik aksi Ligue 1 yang terikat 0-0 pada babak pertama.

Mbappe bagaimanapun menjadi penyelamat pasukannya apabila menjaringkan gol kemenangan 1-0 pada babak kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 10:18 AM