JUERGEN Klopp. FOTO Reuters
Reuters

Pengendali Liverpool Juergen Klopp teruja menuju babak akhir perburuan gelaran Liga Perdana Inggeris ketika skuadnya memulakan langkah ke garisan penamat dengan pertembungan menentang pasukan tangga ketiga Tottenham Hotspur di laman sendiri Ahad ini.

Liverpool berdepan Spurs dalam perlawanan tumpuan hujung minggu ini, sehari selepas pencabar mereka Manchester City berkunjung ke Fulham.

Skuad Klopp mempunyai kelebihan dua mata ke atas City kendalian Pep Guardiola namun sudah beraksi lebih satu permainan.

Ketika kedua-dua pasukan turut beraksi pada suku akhir Liga Juara-Juara pada April, City berdepan Spurs manakala Liverpool menentang Porto, kesemua perlawanan itu akan berlangsung secara berterusan dan itulah yang diingini Klopp.

“Itulah perkara yang kita sentiasa katakan, musim seperti itu di mana anda terus menyiapkan asas untuk minggu-minggu terakhir.

“Anda kini berada pada minggu-minggu terakhir dan tiada lagi gangguan, hanya perlawanan demi perlawanan dan kesemuanya amat penting,” kata Klopp kepada laman rasmi kelab itu.

“Kami sudah membentuk asas yang kukuh jadi mari gunakannya.”

Bek kanan Liverpool Trent Alexander-Arnold mungkin tidak dapat beraksi menentang Spurs susulan kecederaan belakang yang memakasanya menairk diri daripada skuad England untuk kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech dan Montenegro.

Pemain sayap Switzerland Xherdan Shaqiri dijangka cergas hujung minggu ini selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha manakala bintang Mesir Mohamed Salah dijangka cergas selepas rehat aksi antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 11:14 AM