Conor bersama anaknya di hadapan jet peribadi mereka. FOTO Instagram the notorious mma/REUTERS
DM/EJ

BINTANG MMA, Conor McGregor melupakan seketika aksi di gelanggang lapan segi (octagon) untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

McGregor dan anak lelakinya, Conor Jnr, juga sempat bergambar di hadapan jet peribadinya dikirim ke Instagram atlet dari Ireland itu.

Tanpa berbaju, Conor turut menulis kata-kata semangat untuk anak kesayangannya itu: “Kita perlu sentiasa bekerja-keras, anakku. Kerja keraslah yang membawa kita ke tahap kita sekarang!'

Conor juga dilihat mengenakan sut ungu sedondon ketika membawa anaknya menonton perlawanan Super Bowl, baru-baru ini.

Dia sudah lama tidak beraksi dalam UFC sejak ditewaskan oleh Khabib Nurmagomedov pada pertarungan penuh sengit di Las Vegas pada Oktober tahun lalu.

Peminat atlet digelar 'The Notorious' itu masih ternanti-nanti kehadirannya semula ke gelanggang MMA biarpun bos UFC Dana White mengakui Conor masih belum ada hati untuk kembali semula berlawan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2019 @ 8:06 PM