MITCHELL bersama trofi Honda Classic. FOTO AFP
Reuters

KEITH Mitchell membenam birdie dari jarak 15 kaki pada lubang terakhir untuk menjulang gelaran pertama Jelajah PGA dengan kelebihan satu pukulan di Kejohanan Klasik Honda awal pagi tadi.

Pemain profesional yang memasuki tahun keduanya itu mengetepikan cabaran Brooks Koepka dan Rickie Fowler dengan 67 pukulan pada pusingan terakhir untuk menamatkan saingan dengan sembilan di bawah par 271 keseluruhan.

Koepka (66) dan Fowler (67) yang jauh berpengalaman turut memberi tekanan tetapi Mitchell menafikan peluang mereka dalam aksi playoff di Kejohanan Nasional PGA dengan pukulan jauhnya.

Pemain berusia 27 tahun itu memulakan aksinya dengan bogey berturut-turut, kemudian bangkit dengan birdie pada empat daripada tujuh lubang terakhir.

“Saya begitu hampur sebelum ini dan membiarkan emosi menguasai diri,” kata Mitchell.

“Saya mencatat bogey pada beberapa lubang terawal dan berkata, ‘Takkan sekali lagi’”

Dua menamatkan saingan dengan senyuman lebar hasil enam birdie dan tiga bogey.

“Saya cuba fokus terhadap apa yang berlaku,” kata Mitchelee.

“Fikiran saya sedikit melayang pada akhirnya dan kemudiannya saya membuat pukulan putt yang hebat.”

Ryan Palmer (63) dan Lucas Glover (66) berkongsi tempat keempat dengan tujuh di bawah par 273 dan Vijay Singh (70) di tangga keenam dan terlepas peluang menjadi pemain tertua menjuarai acara Jelajah PGA.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2019 @ 12:24 PM