Mahrez (kiri) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan. FOTO REUTERS
AFP

Bournemouth: Manchester City terus memberi tekanan terhadap perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memintas Liverpool di tangga teratas EPL selepas Riyad Mahrez memastikan kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth, malam tadi.

City kini dua mata di depan Liverpool yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp yang akan menentang Everton dalam pertembungan Merseyside, hari ini.

Selepas meraih kemenangan ke atas West Ham, pengurus City Pep Guardiola sekali lagi berpuashati dengan keputusan diraih mereka di Dean Court.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 1:47 AM