PEMAIN Cagliari meraikan kejayaan mengejutkan Inter di Arena Sardegna, awal pagi tadi. — FOTO EPA
AFP

IMPIAN Inter Milan untuk menempuhi aksi tanpa masalah ke Liga Juara-Juara musim depan berdepan ancaman dengan kekalahan mengejut 1-2 di tangan Cagliari awal pagi tadi.

Inter kekal di tangga ketiga tetapi boleh jatuh ke kedudukan keempat – dan kelayakan automatik ke Liga Juara-Juara – jika pencabar dari bandar raya sama, AC Milan mengatasi Sassuolo di San Siro hari ini.

Sekiranya pasukan tangga kelima, AS Roma tewas kepada Lazio, mereka akan sama mata dengan Inter iaitu 47.

Inter ketinggalan di Sardinia selepas 31 minit apabila tandukan Luca Ceppitelli memberikan lawan gol pendahuluan.


MARTINEZ (kanan) meledak gol tunggal Inter. — FOTO EPA

Lautaro Martinez menyamakan kedudukan juga menerusi tandukan tujuh minit kemudian selepas menerima hantaran lintang bekas pemain Cagliari, Radja Nainggolan.

Namun dua minit sebelum rehat, Leonardo Pavoletti kembali memperkukuhkan kedudukan pasukannya menerusi voli menarik.

Cagliari mampu mencetus sengsara buat Inter beberapa minit sebelum tamat namun Nicolo Barella gagal menyempurnakan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 8:24 AM