Mourinho dikatakan akan kembali ke Real Madrid. FOTO REUTERS/Real Madrid FC
Mirror

BEKAS presiden Real Madrid Roman Calderon menjangkakan Jose Mourinho akan kembali ke Santiago Bernabeu musim depan.

Pengendali dari Portugal itu tidak bertugas dengan mana-mana kelab selepas dipecat Manchester United pada Disember lalu pernah menguruskan kelab di ibu kota Sepanyol itu selama tiga tahun antara 2010-13.

Juara kelab Eropah itu kini dikendalikan oleh Santiago Solari dari Argentina selepas Julen Lopetegui dipecat pada awal musim ini.

Bagaimanapun, Los Blancos masih tercicir dalam saingan La Liga, ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Barcelona dan tersingkir daripada saingan Piala Raja Sepanyol, minggu ini.

Madrid dimalukan di laman sendiri dengan kekalahan 3-0 menjadikan agregat 4-1 kepada musuh ketat mereka itu dan hanya berharap kepada Liga Juara-Juara (UCL) sebagai satu-satunya potensi meraih kejuaraan musim ini.

Calderon menulis pada media sosial: "Saya dapat merasakan, mungkin lebih sedikit, Mourinho akan berada di tempat duduk pemain Real Madrid musim depan".

Real akan berdepan Barcelona sekali lagi, esok dengan Solari mengakui gembira dengan prestasi skuad selepas dikecewakan oleh Barca dua hari lalu.

"Bolasepak adalah perlawanan memaksa," katanya.

"Kami memberikan aksi dengan penuh tenaga tetapi kami tidak memiliki penyudah”.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 7:10 PM