Penerjun negara Pandelela Rinong (kiri) dan Nur Dhabitah Sabri. FOTO NSTP.
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@mediaprima.com.my


PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong memulakan kempen Siri Terjun Dunia di Sagamihara, Jepun dengan menduduki tempat keempat acara 10 meter platform seirama wanita hari ini.

Terjunan terakhir membantu gandingan berkenaan untuk melonjak dari kedudukan kelima ke tempat keempat keseluruhan selepas mereka memungut 302.64 mata.

Pada terjunan kelima mereka melakukan tahap darjah kesukaran paling tinggi iaitu terjunan ke belakang dua setengah somersoults dan satu setengah pusingan untuk memperoleh 70.08 mata.

Pingat emas menjadi milik China melalui gandingan Zhang Jiaqi-Lu Wei selepas mengumpul 340.44 mata, manakala Kim A Rim-Kim Mi Rae dari Kore Utara menduduki tempat kedua (319.50).

Sementara wakil Kanada, Caeli McKay-Meaghan Benfeito di tempat ketiga (311.70). Dhabitah akan turun sekali lagi petang ini bersama Kimberly Bong dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 11:22 AM