Pemain Chelsea, Pedro meraikan jaringannya ketika pasukan itu menewaskan Tottenham, 2-0 pagi ini. FOTO Agensi
AFP

MAURIZIO Sarri percaya kemenangan penting Chelsea, 2-0 ke atas Tottenham untuk meneruskan saingan musim ini ketika dia mengambil keputusan mengetepikan penjaga gol kontroversi Kepa Arrizabalaga.

Jaringan Pedro pada babak kedua permainan dan gol sendiri daripada Kieran Tripper adalah kemenangan yang cukup penting buat Sarri ketika pengurus Chelsea berjuang untuk tidak disingkirkan berikutan prestasi yang kurang memuaskan pada musim pertama mengambil alih tugas itu.

Sarri turut diancam dengan tindakan Kepa yang enggan digantikan oleh pengendali dari Itali itu selepas penjaga itu didapati mengalami kecederaan dalam final Piala Liga Ahad lalu.

Kepa dikatakan meminta menerima rawatan selepas mengalami kekejangan otot ketika permainan ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan kekalahan pasukan itu kepada Manchester City.

Kepa memohon maaf diatas tindakannya itu, namun pemain berusia 24 tahun itu didenda seminggu gajinya.

Sarri kemudiannya memilih penjaga gol veteran Argentina Willy Caballero menggantikan tempat Kepa di Stamford Bridge.

Caballero menunjukkan aksi cemerlang manakala Kepa bertindak sebagai penonton di bangku tempat duduk dan Chelsea menunjukkan aksi meyakinkan di bawah pengurusan Sarri.

Dengan Arsenal dan Manchester United kedua-duanya mencatat kemenangan, Chelsea berada di kedudukan keenam - tiga mata memisahkan antara empat pasukan teratas - tapi kini ada sedikit harapan buat Sarri selepas melalui perjalanan yang sukar.

Apabila ditanya sama ada keputusan itu sebagai petanda kepada perubahan baik untuk bersaing sehingga hujung musim ini, Sarri berkata : “Kami harap begitu. Apa yang penting kami terus pamerkan keputusan dan aksi konsisten.

“Ia sangat penting kerana kami bersaing untuk kelompok empat teratas.”

Sarri bagaimanapun memberitahu Kepa masih menjadi pilihan utamanya di gawang gol dan menegaskan dia tidak mengambil peduli mengenai krisis yang melanda kelabnya itu.

“Masalah itu tidaklah masalah besar seperti yang ditulis kamu. Dalam tugas ini kamu sentiasa tertekan setiap hari, atau jika kamu bernasib baik pada setiap enam minggu,” katanya.

"Kepa melakukan kesilapan besar dan membayar denda kepada kelab. Dalam perlawanan ini dia terpaksa membayar untuk pasukannya. Ini hanyalah pesanan kepada semua.

“Sekarang kita hentikan soalan, ia sudah berlalu dan pada masa depan Kepa akan bersama kami.”


Mane (tengah) menjaringkan gol kedua Liverpool. FOTO EPA.

Kekalahan di Burnley dan kini seteru tertanga di London membuatkan kedudukan di tempat ketiga liga buat Tottenham agak goyah.

Spurs tewas dalam empat perlawanan penting di tempat lawan di semua kejohanan buat pertama kali dalam 10 tahun dan berbeza sembilan mata dengan pendahulu liga, Liverpool.

“Apabila prestasi pasukan tidak begitu baik itu adalah disebabkan kami sendiri. Kami tidak bersaing pada prestasi terbaik,” kata pengurus Tottenham Mauricio Pochettino.


Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino. FOTO EPA.

“Dua kekalahan dalam masa beberapa hari cukup mengecewakan. Adalah sukar untuk bersaing dengan Manchester City dan Liverpool ketika ini.

“Tetapi inilah masa untuk bertenang. Saya tidak akan mengubah penilaian saya kepada pemain.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 11:19 AM