LUKAKU (kanan) dan Sanchez perlu beraksi curi tumpuan isu kecederaan melanda skuad Manchester United's kata Ole Gunnar Solskjaer. FOTO/AGENSI
AFP

ALEXIS Sanchez dan Romelu Lukaku perlu merebut peluang untuk mencuri perhatian tatkala isu kecederaan melanda skuad Manchester United's kata Ole Gunnar Solskjaer.

Kedua-dua pemain bergelut memburu prestasi pada sebahagian besar musim ini di mana Sanchez hanya sekali tampil sebagai kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris pada tahun ini dan Lukaku gagal menjaringkan gol dalam 10 perlawanan.

Kedua-dua penyerang dianggap sebagai pembelian penting sewaktu tiba di Old Trafford namun tidak seorang pun diantara mereka layak dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun skuad United berdepan ujian getir menjelang kunjungan Liga Perdana ke Crystal Palace awal pagi Khamis dengan 10 pemain mungkin tidak dapat bermain susulan kecederaan.

Senarai itu termasuk empat penyerang utama iaitu Anthony Martial, Jesse Lingard, Marcus Rashford dan Juan Mata.

Kedua-dua Lingard dan Mata perlu digantikan pada separuh masa petama ketika mereka seri 0-0 dengan Liverpool Ahad lalu, manakala Rashford bermain sehingga tamat perlawanan meskipun cedera buku lali akibat terjahan Jordan Henderson.

Penyerang Perancis Martial terlepas perlawanan itu berikutan kecederaan pangkal paha.

Pengendali sementara Solskjaer bagaimanapun yakin Sanchez dan Lukaku mempunyai kualiti untuk mencuri perhatian jika kerap diberi kepercayaan dalam pasukan.

Tidak banyak yang dilakukan Sanchez selepas menggantikan Lingard, namun Lukaku mencetus impak selepas posisinya diubah bagi mengurangkan beban Rashford.

“Ini adalah peluang untuk memenuhi potensi. Reputasi adalah satu hal, namun potensinya tinggi,” kata Solskjaer.

“Kedua-duanya rakan baik dan mereka berganding dengan baik bersama, jadi ini mungkin peluang buat mereka menyerlah dan memeningkan kami sebaik pemain lain cergas.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Februari 2019 @ 9:05 PM