Juan Carlos Osorio. FOTO Reuters
Reuters

JUAN Carlos Osorio meletak jawatan sebagai jurulatih bola sepak Paraguay, semalam, hanya selepas membimbing pasukan itu selama lima bulan dan satu perlawanan persahabatan.

Jurulatih kelahiran Colombia itu dilantik pada September lalu selepas tiga tahun melatih Mexico dan dia membimbing pasukan barunya itu ketika seri 1-1 bertemu Afrika Selatan, November lalu.

Khabar angin menyatakan dia tidak gembira berada di negara Amerika Selatan itu dan jurulatih itu disahkan meninggalkan pasukan itu dalam sidang media di Asuncion, Paraguay.

“Saya di sini mahu memaklumkan bahawa perjanjian persefahaman dengan APF (Persatuan Bolasepak Paraguay) dan atas faktor keluarga, saya malangnya tidak dapat menyambung tugas sebagai jurulatih Paraguay.” kata Osorio.

Paraguay ketika ini sedang mencari jurulatih untuk berhadapan Copa Amerika di Brazil yang bermula Jun ini. Pasukan itu diundi dalam Kumpulan B bersama Argentina, Colombia dan Qatar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 12:13 PM