Pochettino (kiri), Beckham dan Zidane (kanan) meninggalkan restoran di tengah London. FOTO C Harris/A Weir BACKGRID
The Sun/Daily Mail

PENGURUS Tottenham Mauricio Pochettino yang menjadi sasaran Real Madrid dilihat berada di restoran mahal di London bertemu David Beckham and Zinedine Zidane.

Menerusi foto disiarkan The Sun, pengurus dari Argentina itu memakai jaket dan berseluar jean keluar restoran itu bersama Beckham yang membawa bersama rakannya, Dave Gardner sebelum Zidane meninggalkan mereka kemudian.

Difahamkan Beckham dan Zidane yang juga legenda Real Madrid makan malam bersama. Pochettino tidak bersama mereka tetapi tetapi datang menyambut mereka.

Spekulasi itu meningkatkan lagi kebimbangan penyokong Spurs bos mereka akan meninggalkan kelab London itu pada musim panas ini dengan kelab gergasi Sepanyol itu sedang menimbangkan untuk membuat pelantikan besar dalam masa terdekat. Pochettino berada dalam senarai teratas Real Madrid.

Zidane yang juga bekas rakan sepasukan Beckham di Real Madrid turut dipantau oleh kelab Liga Perdana itu biarpun mempamer peningkatan memberangsangkan di bawah pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Zidane menjadi sasaran utama untuk mengambil alih Old Trafford sejak Jose Mourinho dipecat pada Disember lalu.

Penolong pengurus Pochettino Jesus Perez turut dilihat berada di restoran Locanda Locatelli di tengah London.

Beckham dan Zidane bergandingan selama tiga musim antara 2003 dan 2006 di Real Madrid ketika kelab itu menikmati kemuncak era Galactico.

Sejak itu, trio terbabit berkawan sehingga sekarang. Zidane mengendali Real menjulang Liga Juara-Juara (UCL) tiga kali berturut-turut sebelum berhenti pada musim panas tahun lalu.

Santiago Solari yang kini mengendalikan Bernabeu dijangka tidak akan berada bersama kelab itu sehingga penghujung musim.

Tottenham dapat mempertahankan Pochettino yang tiba sejak 2014 ketika skuad itu muncul pencabar Liga Perdana dan UCL.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Februari 2019 @ 1:14 PM