BBC

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham melakukan siasatan selepas tular video seorang peminat memaki hamun penyerang Liverpool Mohamed Salah dengan kata-kata jelek ketika perlawanan seri 1-1 di Stadium London, kelmarin.

Perbuatan menghina penyerang Mesir berusia 26 itu dirakam menerusi telefon bimbit daripada tempat duduk penonton tuan rumah ketika dia mengambil sepakan sudut.

Rakaman itu jelas ditujukan kepada Salah termasuk menghina agama Islam dianutinya.

Dalam kenyataan hari ini, West Ham berkata mereka mempunyai polisi tidak bertolak-ansur dengan sebarang ‘tindakan ganas atau kelakuan melampaui batas’.

"Kami kelab bolasepak menyeluruh”, menurut kenyataan itu.

"Tidak kira umur, agama atau kepercayaan, perkahwinan atau sivil, mengandung atau cuti bersalin, seks, orientasi seks atau orang kurang upaya (OKU), setiap orang dialu-alukan di Stadium London”.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Februari 2019 @ 10:30 PM
Salah dimaki hamun penyokong West Ham di Stadium London. FOTO REUTERS