Real sanggup bayar Rashford lebih tinggi berbanding United. FOTO AFP
The Sun

REAL Madrid enggan mengalah dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat Marcus Rashford dalam rundingan bernilai £100 j (RM538 juta).

Penyerang itu yang kini masih dalam peringkat perbincangan kontrak baru dengan Manchester United sehingga musim depan.

Ketika rakan sepasukannya, Anthony Martial bersetuju mengikat kontrak baru selama lima tahun, Rashford masih menunggu sebelum membuat sebarang keputusan.

Tindakan itu menyebabkan gergasi Sepanyol itu yakin mereka masih mampu mendapatkan pemain muda berpotensi Red Devils itu.

SunSport pada November lalu mendedahkan Real ada menghubungi kem Rashford.

Pemain berusia 21 tahun itu berkemungkinan mahu berhijrah kerana tidak gembira berada di bawah kendalian Jose Mourinho.

Dia dikatakan tidak mendapat tempat selaku posisi penyerang tengah dan sedia untuk berpindah ke tempat lain.

Mood pemain terbabit kemudian berubah di bawah pengurus sementara Ole Solskjaer tetapi Real masih berterusan berkomunikasi dengan kem Rashford.

Malah, gergasi Sepanyol itu berjanji akan meletakkannya sebagai penyerang utama dan sedia mengatasi tawaran kontrak sedia ditawarkan United.

Gaji Rashford dalam rundingan terkini adalah sebanyak £60,000 (RM323,00) seminggu sehingga penghujung musim depan dengan pilihan tempoh lanjutan selama setahun bersama kelab itu.

United pula mahukannya dengan kontrak lebih lama dan sedia menaikkan gajinya kepada £200,000 (RM 1.075 juta) seminggu.

Real pula sanggup membayar £250,000 (RM1.343 juta) seminggu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 4:51 PM