AKSI Eden Hazard (dua dari kiri) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris. FOTO File AFP
AFP

LONDON: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri percaya Eden Hazard boleh meninggalkan kelab itu untuk memenuhi potensinya ketika pemain Belgium itu menarik minat Real Madrid.

Kontrak Hazard bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu berakhir pada 2020 dan setakat ini dia enggan menyambungnya walaupun diminta berbuat demikian.

Blues bertegas apabila menolak bidaan terhadap pemain berusia 18 tahun Callum Hudson-Odoi dari kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.


Maurizio Sarri. FOTO AFP

Hudson-Odoi turut tamat kontrak pada 2020, namun Sarri menegaskan pendirian kelab itu mungkin berbeza dan mereka mungkin menjual Hazard pada musim panas akan datang sekiranya dia melahirkan hasrat untuk meninggalkan kelab.

“Situasi Eden berbeza. Eden sudah berusia 28 tahun. Jika dia mahu meninggalkan kelab, saya fikir dia patut pergi,” kata Sarri.

“Sudah tentu, saya mengharapkan perkara sebaliknya. Saya harap dia kekal di sini.

“Dia mempunyai potensi untuk menjadi pemain terbaik di Eropah ketika ini.

“Kadangkala dia gembira dengan sesuatu yang kurang. Menjadi tugas saya meningkatkannya dan meletakkannya di posisi terbaik.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 10:27 PM