RUSUHAN anti kerajaan di Paris makin mengganas. FOTO EPA

PARIS: Pihak berkuasa Perancis terpaksa membatalkan perlawanan bola sepak liga antara kelab St Etienne dan Olympique de Marseille minggu ini  selepas bimbang bantahan anti kerajaan akan merebak menjadi ganas.

Pengendali Ligue 1 Perancis berkata, perlawanan itu dibatalkan atas permintaan polis tempatan.

Pembatalan perlawanan antara St Etienne/Marseille turut menyaksikan pembatalan aksi  tetatangga membabitkan Monaco melawan Nice dan aksi pada Sabtu membabitkan Paris St Germain.

Begitupun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Perancis sama ada pembatalan itu membabitkan keseluruhan aksi hujung minggu ini atau bagi minggu berikutnya sekali. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 9:21 PM