epaselect epa07137867 Kei Nishikori of Japan returns the ball to Roger Federer of Switzerland during their quarter final match at the Rolex Paris Masters tennis tournament in Paris, France, 02 November 2018. EPA/IAN LANGSDON
Reuters

LONDON: Pemain Argentina, Juan Martin del Potro terpaksa menarik diri daripada kejohanan penamat musim ATP Finals dan akan digantikan pemain Jepun Kei Nishikori, menurut jurucakap penganjur hari ini.

Pemain nombor empat dunia, Del Potro belum pulih daripada kecederaan lutut dialaminya di Shanghai bulan lalu.

Nishikori akan menyertai Novak Djokovic, Rafael Nadal, Roger Federer, Alexander Zverev, Kevin Anderson, Marin Cilic dan Dominic Thiem dalam kejohanan elit lapan pemain itu.

“Amat mengecewakan tidak dapat beraksi di London,” kata Del Potro yang kali terakhir beraksi di kejohanan itu pada 2013 sebelum mengalami beberapa siri kecederaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan ATP.

"Ia adalah kejohanan istimewa dan saya berusaha sebaik mungkin supayal lutut ini segera sembuh. Proses penyembuhan berjalan lancar tetapi mengambil masa.”

"Sudah tentu kecewa tetapi saya mempunyai musim yang sangat bagus keseluruhan.”

Nishikori pula akan melakukan penampilan keempat di Arena 02 London yang menyaksikan dia mara ke separuh akhir pada 2014 dan 2016.

"Pertamanya saya harap @delpotrojuan segara sembuh,” kata pemain berusia 28 tahun itu dalam Twiiternya. “Dia mempunyai tahun yang hebat. Keduanya, sangat teruja beraksi di atas gelanggang London.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 November 2018 @ 12:29 PM