REAKSI tegang antara pemain Man City dan Liverpool ketika aksi di Stadium Anfield. FOTO Reuters
Reuters

LIVERPOOL: Sepakan penalti pemain termahal Manchester City, Riyad Mahrez pada minit ke-85 sekadar melepasi palang bagi memastikan rekod tanpa kalah Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris kekal selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0, sebentar tadi.

Keputusan begitupun menyaksikan City menduduki tangga teratas liga menerusi perbezaan gol dengan Chelsea dan Liverpool selepas ketiga-tiga kelab mengumpul 20 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

Chelsea yang mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Southampton dalam aksi lebih awal di tangga kedua manakala Liverpool yang menghuni tangga ketiga.

Pada aksi di Anfield, pelawat mula membayangkan kemenangan ke atas The Reds selepas dianugerahkan penalti susulan terjahan Virgil van Dijk ke atas Leroy Sane lima minit sebelum permainan berakhir.

Sekali pun menjuarai Liga Perdana dengan jumlah pungutan 100 mata musim lalu, City tewas tiga perlawanan dengan Liverpool pada musim lalu dalam semua kejohanan termasuk kekalahan pertama.

Liverpool, yang kekal dengan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam 18 perlawanan menentang City permainan di awal perlawanan tetapi skuad kendalian Pep Guardiola lebih mengancam pada babak kedua.

Dua cubaan Mahrez diselamatkan oleh penjaga gol Liverpool, Alisson Becker sebelum kekecewaannya bertambah apabila gagal menyempurnakan penalti.

Keputusan menyaksikan rekod kebal Liverpool di Anfield selama 15 tahun menentang City kekal. 

Sebagai rekod, City membawa masuk bekas pemain Leicester, Mahrez ke Etihad dengan nilai 60 juta pound (RM326.54 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Oktober 2018 @ 1:56 AM