MITROGLOU (kiri) jaring gol pertama buat Marseille. -Foto AFP
AFP

PARIS: Marseille bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Monaco 3-2 dalam saingan Ligue 1 dengan Valere Germain meledak gol kemenangan pasukan itu pada minit ke-90, malam tadi.

Konstantinos Mitroglou mencium but Dimitri Payet selepas hantarannya membolehkan pemain Greece itu meletakan Marseille di depan sebelum tamat babak pertama perlawanan yang berlangsung di Stadium Louis II.

Bagaimanapun, Monaco kembali bangkit apabila Youri Tieleman menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48, sebelum Falcao meledak gol kedua susulan kesilapan dilakukan Adil Rami yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas.

Ketinggalan 1-2, jentera serangan Marseille tampak lebih agresif dan hasilnya, Florent Thauvin berjaya menyamakan kedudukan buat pasukan itu sebelum Valere meledak gol bagi memastikan kemenangan bermakna kelab berkenaan.

“Saya perlu lebih bekerja keras selepas ini. Saya perlu membuktikan prestasi yang lebih baik daripada ini,” kata Rami merujuk kepada kesilapan yang dilakukannya sehingga membolehkan Falcao menjaringkan gol kedua buat Monaco.

Dengan tujuh mata daripada empat perlawanan, Marseille kini hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Paris Saint Germain yang menewaskan Nimes 4-2, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 September 2018 @ 12:41 PM