YERRY MINA
AFP

LONDON: Everton melengkapkan perpindahan Yerry Mina dan Andre Gomes dari Barcelona serta pemain sayap Brazil Bernard sekali gus sebelum tarikh akhir perpindahan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Mina, bek tengah 23 tahun yang menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan untuk Colombia di Piala Dunia, akan berpindah ke Goodison Park dalam perjanjian bernilai 30.25 juta euro (RM142.3 juta) dengan gergasi Catalan itu serta tambahan 1.5 juta euro (RM7 juta).

Pemain tengah Portugal, Gomes, 25, akan menyertai Everton selama semusim secara pinjaman dengan kelab Inggeris itu perlu membayar sebanyak 2.25 juta euro (RM10.6 juta).

Bernard, 25, yang tampil bersama Brazil sebanyak 14 kali, adalah ejen bebas selepas kontraknya bersama Shakhtar Donetsk tamat.  

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Ogos 2018 @ 1:13 AM