KOLASINAC (duduk) cedera lutut kiri. FOTO/REUTERS
Reuters

LONDON: Pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac terpaksa diketepikan selama lapan hingga 10 minggu selepas mengalami kecederaan lutut kiri, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Pemain kebangsaan Bosnia itu terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan pramusim tetangga London menentang Chelsea, Rabu lalu di Dublin, Ireland.

Ia susulan pelanggaran dengan pemain Chelsea, Victor Moses.

Selain Kolasinac, pemain tengah Wales, Aaron Ramsey juga mengalami kecederaan betis tetapi dijangka kembali menjalani latihan minggu depan.

Arsenal akan memulakan kempen Liga Perdana di gelanggang sendiri menentang Manchester City pada 12 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Ogos 2018 @ 10:44 AM