DEGENKOLB menangi peringkat sembilan Arras-Roubaix. -Foto EPA
AFP

Roubaix: John Degenkolb memenangi peringkat sembilan Arras-Roubaix pada saingan Tour de France sebentar tadi di depan Greg Van Avermaet ketika ramai pelumba terjatuh serta menarik diri.

Kemenangan itu menandakan kembalinya prestasi sebenar buat pelumba Jerman itu yang juga bekas juara Paris-Roubaix. Degenkolb pernah terbabit dengan kemalangan yang menyaksikan dia dilanggar kereta dekat Mallorca dua tahun lalu.

“Saya sukakan Roubaix,” kata Degenkolb, seorang daripada enam pelumba yang cedera teruk kerana dilanggar pelancong British.

Van Avermaet mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan pada hari kapten pasukannya Richie Porte menarik diri selepas terjatuh dan semua pencabar menamatkan saingan dalam kelompok besar.

Tiga pelumba depan menjarakkan diri ketika aksi berbaki 15 kilometer dan bekerjasama mengetuai peloton di belakang.

Degenkolb sentiasa menjadi pelumba yang dilihat bakal memenangi saingan berikutan kemahiran pecutan manakala pelumba Belgium, Van Avermaet mahu mengekalkan jersi kuning untuk peringkat pendakian minggu depan.

“Ketika kami menjarakkan diri, kami bertiga sedar saya boleh menewaskan mereka ketika pecutan tetapi saya tidak tahu sama ada saya boleh terus berkayuh sama,” kata Degenkolb.

Laluan sejauh 155km itu menampilkan laluan mencabar dan berbatu sejauh 22km yang menjanjikan drama dan ia memang terbukti benar.

Tayar basikal Romain Bardet mengalami kebocoran dan ditinggalkan peloton ketika berbaki hanya 5km.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 2:29 AM