PERTAHANAN Manchester United, Daley Blind. FOTO Agensi
Reuters

AMSTERDAM: Ajax Amsterdam berminat mendapatkan semula pertahanan, Daley Blind dari Manchester United jika kelab Belanda itu gagal untuk menyambar pemain Boca Juniors, Lisandro Magalla, menurut pengurusnya Erik Ten Hag.

Blind, 28, yang lahir dari produk remaja Ajax dan melakukan lebih 100 penampilan dengan kelab berkenaan di peringkat senior, menyertai United pada 2014 tapi kurang mendapat tempat di bawah bimbingan, Jose Mourinho.

"Kami akan melakukan segalanya, tetapi semuanya bergantung kepada pihak berkenaan," kata Ten Hag yang berminat untuk mendapatkan Blind.

Pihak berkenaan, bukan hanya ditujukan kepada United tapi termasuk Boca Juniors, iaitu kelab yang diwakili Magallan sejak 2012 dan membantu pasukan berkenaan mengekalkan kejuaraan liga musim lalu.

"Dia masih lagi dalam buruan kami tetapi sama ada dia akan tiba di sini masih lagi belum diketahui.

"Sama ada kami akan mendapatkan Magallan ataupun Blind. Kedua-duanya masih lagi belum mencapai kata putus," kata Ten Hag.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 1:36 AM