NEYMAR
Agensi

RIO DE JANEIRO: Neymar meminta kelab Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyingkirkan Edinson Cavani dan menggantikan tempatnya dengan bekas penyerang Barcelona, Luis Suarez.

Bintang Brazil itu tidak lagi mahu beraksi bersama penyerang Uruguay dan ingin kembali beraksi bersama rakan pasukan Cavani itu, menurut laporan media Sepanyol.

Neymar dan Suarez menjadi sebahagian daripada tiga pemain yang pernah bergandingan bersama Lionel Messi selama tiga tahun di Nou Camp dan Neymar mahu menghidupkan kembali hubungan itu di Parc des Princes.

Tajuk utama akhbar Sepanyol menyatakan Neymar mahu kembali bersama Suarez kerana dia mahu menjadi juara.

Namun mereka memberi amaran bahawa Barcelona tidak sesekali akan melepaskan bintang hangat Uruguay itu.

Mereka tidak berminat menjual pemain kerana mahu mengukuhkan kedudukan selaku pesaing utama dalam saingan bola sepak Eropah.

Suarez dan Cavani kini kembali ke Uruguay selepas terkeluar daripada saingan Piala Dunia, Jumaat lalu.

Pasukan dari Amerika Selatan itu tewas di tangan Perancis 0-2 di Nizhny Novgorod dengan Cavani hanya memanaskan bangku simpanan kerana kecederaan betis.

Perjuangan Neymar kemudiannya juga menemui penghujungnya apabila Brazil tewas kepada Belgium 1-2.

Hubungan antara bintang Brazil dan Cavani di ibu negara Perancis itu mula tegang sejak setahun lalu.

Gandingan itu mempersoalkan siapa yang seharusnya mengambil sepakan penalti ketika bertemu Lyon September lalu dan tidak boleh bertentang mata biarpun Cavani Mei lalu mendakwa mereka sudah kembali berbaik.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 11:11 AM