PEMAIN tengah Brazil, Paulinho kembali sertai kelab China, Guangzhou Evergrande. FOTO AFP
Reuters

BARCELONA: Pemain tengah Brazil, Paulinho meninggalkan Barcelona hanya selepas semusim bagi kembali menyertai kelab China, Guangzhou Evergrande, secara pinjaman menurut juara Sepanyol itu hari ini.

“FC Barcelona dan Guangzhou Evergrande mencapai kata sepakat bagi pinjaman perpindahan Paulinho Bezerra selama satu musim dengan pilihan pembelian wajib bagi kelab China itu,” kata Barca dalam satu kenyataan dalam laman webnya.

Paulinho, 29, menjaringkan sembilan gol dalam 49 penampilannya bersama kelab Catalan selepas perpindahannya berjumlah 40 juta euro (RM189.80 juta) pada Ogos lalu, membantu kelab itu memenangi La Liga dan juga Piala Raja Sepanyol.

Pemain itu juga sebahagian daripada skuad Piala Dunia Brazil dan menjaringkan gol ketika kemenangan 2-0 pasukan itu menewaskan Serbia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 5:18 AM