LUKA Modric (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan di Roschino dekat Saint Petersburg menjelang perlawanan pusingan kalah mati dengan Denmark. FOTO EPA-EFE.
AFP

SAINT PETERSBURG: Croatia memulakan langkah di pusingan kalah mati dengan menentang Denmark - diketuai pemain tengah berpengalaman, Luka Modric serta Ivan Rakitic, berbanding bintang Sepanyol, Andres Iniesta.

Selama empat tahun bersama Iniesta di Barcelona dan 11 tahun di samping Modric untuk Croatia meletakkan Rakitic pada kedudukan terbaik untuk menilai kedua-duanya sebagai pemain bola sepak terbaik di era moden.

“Nampaknya kedua-dua pemain itu dari planet berbeza dan mereka datang untuk bermain bola sepak dengan manusia berasa seronok dan banyak belajar daripada mereka sebaik mungkin.

“Mereka adalah dua pemain terbaik dalam posisi masing-masing. Jadi anda patut seronok belajar sambil berseronok daripada mereka sebaik mungkin,” kata Rikitic.

Iniesta sering dilabelkan sebagai seorang pemain yang hebat di sebalik kejayaan cemerlang dicapai oleh Sepanyol, namun bakat luar biasa dimiliki Modric tetap tidak boleh dinafikan.

Mungkin Iniesta dianggap sebagai pemain terbaik selepas meledak gol kemenangan ketika membantu Sepanyol muncul juara Piala Dunia 2010 - biarpun Modric belum mencapai tahap sama bersama Croatia.

Namun, Modric mempunyai pengalaman empat kali menang gelaran juara Liga Juara-Juara selepas enam tahun bersama Real Madrid, selain memenangi trofi La Liga dan Copa del Rey.

Namun, selepas membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan, Croatia, pada 1996 dalam perlawanan persahabatan menentang Argentina, Modric dua kali kecewa kerana gagal melepasi saingan peringkat kumpulan di Piala Dunia.

Bahkan pernah gagal di peringkat kelayakan pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Jun 2018 @ 11:08 AM