PELUMBA Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Azlan Shah Kamaruzaman. FOTO Saddam Yusoff

PELUMBA negara yang memenangi Perlumbaan 1 kelas SuperSports 600cc di Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, Azlan Shah Kamaruzaman tidak dapat mengekalkan rentak positif pada Perlumbaan 2 kelas perdana itu, hari ini.

Dia terpaksa berpuashati berada di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 22 minit 22.477 saat tatkala dirinya bergelut dengan masalah pelarasan jentera.

“Saya sudah mencuba yang terbaik, namun sedikit kesilapan kami terhadap pelarasan jentera memusnahkan impian untuk mengulangi pencapaian podium semalam,” kata pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu.

“Kami menggunakan pelarasan yang sama seperti semalam dan ia terbukti baik ketika sesi latihan sebelah pagi.

“Malangnya cuaca ketika perlumbaan agak sejuk, berbeza dengan cuaca panas semalam dan menyebabkan kuasa enjin saya berkurangan, sama seperti rakan sepasukan saya, Ahmad Yudhistira.”

Pelumba Australia, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) muncul juara Perlumbaan 2 dengan catatan 22’22.002s manakala Keminth Kubo (Yamaha Racing Team Asean) meraih podium pertamanya dalam kelas perdana dengan  22’22.379s.

Rakan sepasukan Azlan, Ahmad pula lebih bernasib baik apabila menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan catatan 22’22.408s.

West ketika ini terus kembali berada di puncak carta teratas dalam senarai keseluruhan dengan 86 mata manakala Azlan kedua, 74 mata.

Pelumba Yamaha Racing Asean, Yuki Ito yang menamatkan saingan di tempat keempat berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 68 mata.

 

KEPUTUSAN

SS600:

1.Anthony West (AUS/Webike IKAZUCHI Racing) 22'22.002s

2 Keminth Kubo (THA/YAMAHA Racing Team ASEAN) 22'22.379s

3. Ahmad Yudhistira (INA/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 22'22.408s

4. Yuki Ito (JPN/YAMAHA Racing Team ASEAN) 22'22.435s

5. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 22'22.477s

Kedudukan Keseluruhan:

1. Anthony West (AUS/Webike IKAZUCHI Racing) 86 mata

2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 74 mata

3. Yuki Ito (JPN/Yamaha Racing Asean) 68 mata

4. Keminth Kubo (THA/Yamaha Racing Asean) 57 mata

5. Ahmad Yudhistira (INA/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 52 mata

AP250:

1. Rheza Danica Ahrens (INA/Astra Honda Racing Team) 19'53.378s

2. Mario Suryo Aji (INA/Astra Honda Racing Team) 20'02.030s

3. Andy Muhammad Fadly (INA/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 20'02.228s

4. Ahmad Afif Amran (MAS/CKJ Yamaha Racing) 20'02.642s

5. Akito Narita (JPN/Team HIRO) 20'02.718s

Kedudukan Keseluruhan:

1. Rheza Danica Ahren (INA/Astra Honda Racing Team) 123 mata

2. Mario Suryo Aji (INA/Astra Honda Racing Team) 102 mata

3. Anupab Sarmoon (THA/YAMAHA Thailand Racing TEAM) 92 mata

4. Muklada Sarapuech (THA/AP Honda Racing Thailand) 62 mata

5. 108 Andy Muhammad Fadly (INA/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 58 mata

UB150:

1. Gupita Kresna (INA/Yamaha Yamalube SND Factory) 16'04.836s

2. Wahyu Aji Trilaksana (INA/YAMAHA Racing Indonesia) 16'04.899s

3. Md Izzat Zaidi (MAS/RCB Yamaha Y Y Pang Racing) 16'04.945s

4. Md Helmi Azman (MAS/SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) 16'05.181s

5. Syahrul Amin (INA/Yamaha Yamalube SND Factory) 16'05.316s

Kedudukan Keseluruhan:

1.  Mohd Helmi Azman (MAS/SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) 94 mata

2. Md Izzat Zaidi (MAS/RCB Yamaha YY Pang Racing) 93 mata

3. Wahyu Aji Trilaksana (INA/Yamaha Racing Indonesia) 72 mata

4. Md Akid Aziz (MAS/UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team) 71 mata

5. Gupita Kresna Wardhana (INA/Yamaha Yamalube SND Factory) 58 mata

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Jun 2018 @ 11:31 PM