ROMELU LUKAKU
AFP

PENYERANG, Romelu Lukaku mengisi bangku simpanan Manchester United bagi pertembungan final Piala FA bertemu Chelsea di Wembley, sebentar lagi.

Lukaku terlepas tiga perlawanan terakhir United selepas mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu Arsenal, bulan lalu menyaksikan pengurus, Jose Mourinho memutuskan dia belum bersedia untuk berada dalam kesebelasan utama.

Tempat pemain Belgium itu diisi penyerang England, Marcus Rashford yang akan bergandingan dengan Alexis Sanchez dan Jesse Lingard bagi menawarkan sokongan terhadap jentera serangan United.

Ketiadaan Lukaku jelas satu tamparan buat United untuk memenangi trofi ke-13 Piala FA.

Chelsea dalam pada itu membariskan penyerang Perancis, Olivier Giroud bagi menjana serangan menggantikan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata.

Penjaga gol, Thibaut Courtois juga membuat penampilan sulung dalam kancah Piala FA musim ini menggantikan Willy Caballero.

BERIKUT SENARAI KESEBELASAN UTAMA KEDUA-DUA PASUKAN.

Chelsea: Thibaut Courtois; Cesar Azpilicueta, Gary Cahill, Antonio Rudiger; Victor Moses, Cesc Fabregas, N’Golo Kante, Tiemoue Bakayoko, Marcos Alonso; Eden Hazard, Olivier Giroud.

Manchester United: David De Gea; Antonio Valencia, Chris Smalling, Phil Jones, Ashley Young; Ander Herrera, Nemanja Matic, Paul Pogba; Jesse Lingard, Marcus Rashford, Alexis Sanchez.

Pengadil: Michael Oliver

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mei 2018 @ 12:07 AM