PENYERANG Atletico Madrid, Antoine Griezmann. FOTO Reuters
AFP

PERTAHANAN Atletico Madrid, Filipe Luis mengakui kelab akan melepaskan Antoine Griezmann lebih murah jika bersetuju dengan klausa pembelian semula bernilai 100 juta euro (RM469.69 juta) musim panas ini.

Griezmann menegaskan dia mahu menyelesaikan masa depannya sebelum bermula Piala Dunia di sebalik spekulasi penyerang itu dijangka akan ke Barcelona.

Penyerang Barca, Luis Suarez sudah bercakap mengenai Griezmann bahawa perjanjian yang sukar sudah dipersetujui, menyebabkan ketua eksekutif Atletico, Miguel Angel Gil Marin berkata mereka ‘sudah bosan’ dengan apa dilakukan kelab Catalan itu.

Griezmann boleh meninggalkan Atletico dengan prestasi terbaik jika menang final Liga Europa berdepan Marseille minggu depan.

“Griezmann murah, sudah tentu, pada harga 100 juta euro (RM469.69 juta) di pasaran,” kata Filipe.

“Ia tampak akan lebih murah jika dia bermain baik pada final. Itulah realitinya, namun buat Griezmann, atau kami semua, sudah memikirkan perkara ini. Selepas final mungkin benar tetapi bukan sebelum itu.

“Kami semua mahu menang dan tidak memberi kesan. Kami gembira bermain dengannya, tapi kami bukan hanya Griezmann, ramai pemain bekerja keras untuk ke final ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 9:34 PM