ANTONIO CONTE
AFP

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mempertahankan penyerang yang kurang mengancam Alvaro Morata walaupun pemain Sepanyol itu banyak melepaskan peluang ketika menang 2-1 di Burnley awal pagi tadi.

Kemenangan meletakkan Chelsea kembali berpeluang mengejar Tottenham Hotspur untuk tempat ke Liga Juara-Juara musim depan ketika mereka merapatkan jurang kepada lima mata berbanding pencabar dari London itu berbaki empat perlawanan.

Chelsea akan berdepan Southampton buat kali kedua dalam tempoh lapan hari bagi saingan separuh akhir Piala FA pada Ahad selepas skuad Conte bangkit daripada ketinggalan 2-0 seterusnya menang 3-2 di St Mary Sabtu lalu.

Dan dengan hanya saingan itu mampu memberikan trofi tunggal buat Chelsea musim ini, pengendali dari Itali itu meletakkan Eden Hazard dan Willian di bangku simpanan ketika Olivier Giroud dan Morata memulakan permainan di depan buat pertama kali.

Morata hanya sekali menjaringkan dua gol pada 2018 selepas gagal menyudahkan dua peluang satu lawan satu berdepan penjaga gol harapan England pada Piala Dunia, Nick Pope.

Namun Conte percaya, pemain Sepanyol itu menunjukkan dia dan Giroud boleh terus bekerjasama.

“Ini adalah pilihan yang sangat bagus,” kata Conte. “Sebelum ini adalah sukar buat saya mencuba pilihan ini dengan dua penyerang tetapi mereka menunjukkan keserasian yang baik dan kombinasi bagus dan pada masa sama mereka bekerja keras untuk pasukan.”

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 7:38 AM