STEVE JOHNSON
AFP

LOS ANGELES: Steve Johnson mencatatkan kejuaraan kedua berturut-turut pada Kejohanan Clay Court ATP di Houston selepas menewaskan rakan senegara dari Amerika Syarikat (AS), Tennys Sandgren dengan 7-6 (7-2), 2-6, 6-4.

Johnson yang diletakkan sebagai pilihan keenam memenangi gelaran tenis ATP ketiga dalam kariernya, mengambil kira dua kemenangan berturut-turut di gelanggang Houston selepas kejayaan pertamanya di Nottingham pada tahun 2016.

Dia yang akan mendirikan rumah tangga pada hujung minggu ini, adalah pemenang pertama yang memenangi perlawanan di Clay AS secara berturut-turut sejak Andy Roddick pada 2001-2002.

Sandgren selaku pemain pilihan yang membuat kejutan ke suku akhir Terbuka Australia pada Januari lalu, bermain di final pertamanya dalam perlawanan jelajah.

Johnson yang berada ranking kelima, lebih bagus daripada Sandgren di kedudukan 51, tidak pernah berdepan lawannya itu yang sebelum itu menewaskan Stan Wawrinka dan Dominic Thiem - kedua-dua 10 pemain terbaik dunia, di Melbourne pada Januari lalu.

Ia adalah kejayaan yang penuh emosi buat Johnson apabila ayahnya, Steve Sr meninggal dunia pada 11 bulan lalu dan kali terakhir menyaksikannya beraksi di final Houston, tahun lalu.

“Saya gembira dapat menang sekali lagi di Houston,” kata Johnson. “Ia sungguh bermakna buat saya.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 April 2018 @ 7:22 PM