HANYA Alia Sazana yang berjaya bawa pulang pingat. -Foto Yazit Razali
Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid
sukanteam@nstp.com.my

 

SKUAD menembak negara menamatkan kempen di Sukan Komanwel selepas Charles Chen gagal memberi impak menerusi acara trap lelaki di Pusat Menembak Belmont, hari ini.

 Penembak negara berusia 53 tahun itu meraih 109 mata untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-23 pada penampilan kelimanya di temasya sukan kedua terbesar dunia itu.

 Malaysia hanya memperoleh gangsa menerusi Alia Sazana Azahari dari acara 25m pistol wanita.

 Hanya acara pistol mempamer aksi memuaskan dengan Johnathan Wong dan Bibiana Ng melangkah ke final menerusi acara masing-masing.

 Atlet menembak rifle, Ezuan Nasir Khan dan Nur Suryani Taibi bersama Benjamin Khor dan Eng Wei Jin yang beraksi acara double trap kesemuanya gagal menyerlah.

 Persatuan Menembak Malaysia (NSAM) seharusnya menggugurkan barisan atlet senior dan memperkemaskan program untuk bakat baru.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 6:13 PM