HASLI duduki tempat keenam pada peringkat pertama. FOTO/
Sukan team
sukanteam@nstp.com.my


GOLD COAST: Penembak negara Hasli Izwan Amir Hasan berpeluang cerah mara ke final acara 25m rapid fire selepas menduduki tempat keenam pada peringkat pertama sesi kelayakan di Pusat Menembak Belmont, hari ini.

Penembak berusia 41 tahun itu mencatat 281 mata dalam acara yang diungguli penembak India, Neeraj Kumar yang menduduki tempat pertama dengan 291 mata.

Dia perlu mengekalkan posisi itu pada peringkat kedua kelayakan esok untuk layak ke final.

“Hari yang bagus untuk saya tetapi saya berharap dapat melakukan lebih baik lagi esok,” kata Hasli yang melakukan penampilan keenam di Sukan Komanwel.

Pencapaian terbaik Hasli adalah meraih perak pada edisi 2010 di New Delhi.

Sementara itu dalam acara 50m prone wanita, Nur Suryani Taibi hanya mampu menduduki tempat ketujuh dengan mencatat 613.90 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 4:29 PM